Sejarah Sekolah Kebangsaan Chohong

Before the war with Japan , children from Kampung Chohong were schooling in Sekolah Kebangsaan Chinchin.Those who lived near the school were the ones schooling and those who live far from the school area were unable to. Datuk Demang Haji Mahmud together with the people of Kampung Chohong decided that their children deserve to go to school. All of them decided to build one in Kampung Chohong.

This is default featured post 2 title

As a result, in 1948 Sekolah Melayu Kampung Chohong was erected by the villagers cooperatively. The dimension of the school was 16 x 32 feet comprising palm-leaves as roofs and bare land as school floors. Datuk Demang Haji Mahmud donated his land to set up the school.

This is default featured post 3 title

Resolute in making Sekolah Kebangsaan Chohong an educational institution that succeed in educating and caring the students in becoming knowledgeable, religious, healthy, active, skillful and excellent human beings by year 2010 in accordance with National Education Philosophy.

This is default featured post 4 title

To produce students that can achieve knowledge excellence, great personality and religious based on the ability and capability of quality teachers and complete infrastructure.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday 24 March 2011

SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH
Sebelum perang Jepun , anak-anak penduduk Kampong Chohong bersekolah di Sekolah Kebangsaan Chinchin.Mereka yang tinggal berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Chinchin sahaja yang bersekolah .Bagi murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah tidak dapat bersekolah .Datuk Demang Haji mahmud bersama-sama penduduk kampong Chohong yang lain telah membuat keputusan untuk mempastikan semua anak-anak penduduk Kampong Chohong dapat bersekolah. Mereka bersepakat untuk mendirikan sebuah sekolah yang terletak di Kampong Chohong.
Hasilnya pada tahun 1948 Sekolah Melayu Kampong Chohong telah didirikan oleh penduduk kampong secara bergotong royong. Bangunan yang didirikan berukuran 16 x 32 kaki beratapkan daun nipah dan berlantaikan tanah. Datuk Demang Haji Mahmud telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan sekolah Melayu kampong Chohong.
Selain daripada Datuk Demang Haji Mahmud,Datuk Sudang Ismail dan bekas penghulu Abdul Kadir adalah orang yang bertanggungjawab sehingga terdirinya Sekolah Melayu kampong Chohong.
Pada 14.2.1949 kerajaan telah mengambil alih pentadbiran Sekolah Melayu Chohong. Cikgu Baba Bin Hj.Jonid telah ditugaskan mengajar 45 orang murid di sekolah berkenaan.
Pada tahun 1950 bilangan murid Sekolah Melayu Chohong berjumlah 62 orang dan pada tahun 1952 bilangan murid telah bertambah kepada 78 orang . Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Cikgu Baba B.Hj.Jonid.
Pada tahun 1955 Cikgu Baba Bin Hj.Jonid bertukar dan digantikanoleh Encik Sahib B. Akib. Dalam tahun ini juga , berlaku pertukaran guru besar. Guru besar baru yang bertugas di sekolah ini ialah Cikgu Abu Bun Haris.
Pada 7.5.1956 kawasan sekolah kepunyaan Demang Haji mahmd telah diserahkan kepada kerajaan oleh anak lelaki beliau iaitu Datuk Penghului Abdul kadir. Setelah diserahkan kepada pihak kerajaan,barulah kerajaan merancang mendirikan bangunan yang lebih sesuai bagi mengantikan bangunan yang lama.





SEJARAH PEMBINAAN BANGUNAN

1. JKR 147 - Bangunan 1 blok, tiga bilik darjah separuh kekal yang berharga RM 15,000 telah didirikan pada 18.06.1962.
2. JKR 1906 - Bangunan 1 blok mengandungi dua buah bilik darjah separuh kekal berharga RM 10,000 telah didirikan dan mula digunakan pada 01.05.1959.
3. JKR 3383- Bangunan 1 blok dua tingkat berharga RM 71,000 telah didirikan. Bangunan ini mula diduduki pada 1979. Blok ini menempatkan pejabat,bilik darjah,bilik guru,pusat sumber dan tandas guru serta murid.
4. JKR 3582 & JKR 3583- Mengandungi bangunan kantin dan gajah menyusur berharga RM 18,000 telah dibina. bangunan ini mula digunakan pada tahun 1982.
5. Pada tahun 1986 telah dibina sebuah tempat basikal berharga RM 1,000 adalah sumbangan JKKK Kampong Chohong.
6. Pada tahun 1999 telah dibina sebuah bilik makan guru,pemasangan tails dan pembinaan mini pentas telah dilakukan.Sejumlah RM 28,000 telah diperuntukan untuk pelaksanaan projek tersebut.

Sunday 6 March 2011

Selamat Datang

Selamat Datang ke Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan Chohong!

Kongsikan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites Lagi